KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) semalam menafikan pelbagai dakwaan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya baru-baru ini.
1MDB semalam menjawab persoalan membabitkan wang Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pembelian tanah serta usaha sama dengan PetroSaudi selain RM2 bilion ($0.72 bilion) yang dikatakan dipinjam daripada jutawan Encik Ananda Krishnan.