Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

1MDB nafi tidak bayar $1.9b kepada syarikat pelaburan Abu Dhabi

Sep 10, 2015 | 10:52 AM



KUALA LUMPUR: Firma pelaburan kerajaan Malaysia bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menolak laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) semalam yang mendakwa syarikat pelaburan pemerintah Abu Dhabi masih belum menerima bayaran sebanyak AS$ 1.4 bilion ($1.9 bilion).


Laporan WSJ mendakwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) menimbulkan persoalan tentang jumlah itu, yang didakwa tidak pernah sampai ke syarikat pelaburannya, International Petroleum Investment Co (Ipic).


Pembayaran yang dipertikai itu berkaitan pembelian loji kuasa di seluruh dunia oleh 1MDB pada 2012.


WSJ berkata Ipic menjamin bon bernilai AS$3.5 bilion yang dikeluarkan 1MDB untuk membiayai pembelian. Sebagai balasan, IPIC diberi pilihan membeli 49 peratus pegangan dalam loji kuasa itu serta cagaran bagi bon tersebut.


1MDB berkata rekodnya menunjukkan bayaran AS$1.4 bilion itu telah dibuat, lapor portal berita Malay Mail Online.


Tetapi sedang penyata kewangan 1MDB berkata AS$1.4 bilion telah dibayar sebagai cagaran, WSJ melaporkan bahawa draf laporan Ketua Audit Negara Malaysia mengenai 1MDB berkata jumlah itu pergi ke anak syarikat Ipic, Aabar Investments PJS.


WSJ juga memetik dua sumber biasa dengan isu ini sebagai berkata penyata kewangan gabungan Ipic tidak menyebut menerima wang tersebut.


1MDB mengkritik laporan WSJ itu sebagai berat sebelah dan sensasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >