Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

1MDB: Siasatan PAC akan 'salahkan pengurusan lama, tidak sentuh Najib'

Apr 07, 2016 | 09:25 AM



KUALA LUMPUR: Siasatan parlimen ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka mengesyorkan pengurusan pengasas syarikat pelaburan kerajaan bermasalah itu disiasat lebih lanjut atas dakwaan bahawa berbilion-bilion ringgit disalah guna.



Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) akan membentangkan penemuannya kepada Parlimen hari ini, selepas hampir setahun menyiasat urusan yang boleh dipersoal 1MDB, yang membawa kepada gesaan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketua penasihat syarikat itu, meletak jawatan.



Bagaimanapun, sumber-sumber memberitahu akhbar The Straits Times laporan PAC itu tidak akan memasukkan beberapa butiran lebih kontroversi daripada semakan Ketua Audit Negara (A-G) ke atas rekod 1MDB, yang menunjukkan ia mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion ($14.5 bilion) pada 2014.



Ini termasuk unit-unit pelaburan misteri yang dipindahkan dari Kepulauan Cayman ke Singapura, dan peranan Good Star Limited, sebuah syarikat yang dikuasai ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho, yang menerima wang yang bertujuan bagi satu projek 1MDB yang kini tidak dijalankan.



Encik Low seorang tokoh utama dalam menubuhkan sebuah syarikat pelaburan yang akhirnya dinamakan semula 1MDB pada 2009.



"Laporan itu akan menyalahkan pihak pengurusan sebelum ini, tetapi Najib tidak disentuh. Terdapat juga desakan kuat untuk memasukkan pelan rasionalisasi hutang 1MDB dan membuat kesimpulan bahawa ia akan mendatangkan lebihan tunai bagi syarikat itu," kata sumber berkenaan.



Pengarah urusan pertama 1MDB yang juga ketua eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, kekal menjadi ahli lembaga.



Hasil kajian semula A-G tidak akan didedahkan kepada umum.



Tetapi sumber-sumber berkata laporan PAC akan mengandungi sekurang-kurangnya tiga perempat daripada penemuan audit itu, dan butir-butir "merosakkan" akan disediakan dalam talian pagi Khamis (7 Apr).



Perniagaan 1MDB yang dikatakan membawa kepada longgokan hutang termasuk pembelian loji kuasa pada harga yang beberapa penganalisis berasa sengaja dinaikkan, dan usaha sama 1MDB dengan firma tenaga Arab PetroSaudi yang terbantut, yang ia telah labur sebanyak AS$1.83 bilion ($2.48 bilion).



1MDB mendakwa mendapat keuntungan daripada perjanjian dengan PetroSaudi walaupun usaha sama itu tidak menjalankan perniagaan.



Ia mengatakan AS$1.1 bilion masih kekal dalam cawangan bank Swiss, BSI, di Singapura. Banker bertanggungjawab bagi akaun 1MDB itu, Encik Yak Yew Chee, sedang disiasat oleh pihak berkuasa Singapura sebagai sebahagian daripada siasatan pengubahan wang haram.



Selepas laporan Julai lalu mendedahkan bahawa AS$700 juta yang dikaitkan dengan 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib, beliau menegaskan bahawa sebahagian besar daripada wang itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >