Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

1MDB tidak ada sembarang hutang belum bayar: Kementerian Kewangan Malaysia

Apr 04, 2016 | 03:22 PM



KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak mempunyai sembarang hutang pAda masa ini, kata Kementerian Kewangan negara itu.



"1MDB tidak pernah gagal menyelesaikan semua hutangnya, termasuk bayaran faedah pinjaman," ujar kementerian itu dalam satu jawapan bertulis kepada Anggota Parlimen Mohamed Hanipa Maidin (Parti Islam SeMalaysia-Sepang), yang ingin tahu hutang tertunggak dan pemiutang 1MDB.



Mengenai jumlah hutang 1MDB yang dijamin oleh kerajaan, kementerian itu berkata ia sebanyak RM5.8 bilion ($2 bilion).



Pada 25 Mac, 1MDB berkata anak syarikatnya, Edra Energy (Langat) Sdn Bhd, telah membayar sepenuhnya pinjaman berjangka bersindiketnya sebanyak RM700 juta kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada bank tempatan.



Minggu lalu, Presiden 1MDB, Encik Arul Kanda Kandasamy, berkata syarikat itu tidak akan mempunyai sembarang lagi hutang jangka pendek dan pinjaman bank dalam tempoh tiga minggu akan datang selepas ia melunas RM6 bilion dalam minggu mendatang melalui penjualan asetnya.



Beliau berkata 1MDB akan mempunyai lebihan wang tunai sekurang-kurangnya RM2.3 bilion selepas menyelesaikan hutangnya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >