Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

1MDB: Tuduhan akhbar WSJ tidak berasas

Dec 29, 2015 | 06:03 PM



KUALA LUMPUR: Syarikat pembangunan strategik milik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menolak laporan terbaru akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang menurutnya "dakwaan tidak berasas" yang dikitar semula sejak pertengahan 2015.


"Hakikatnya tiada berita sebenar yang terdapat di dalam artikel tersebut.


"Atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pihak pengurusannya, Wall Street Journal dengan jelas kelihatan senang untuk menjadi papan kenyataan bagi teori konspirasi dan fitnah yang disebarkan oleh pihak pembangkang di Malaysia.


"Ini adalah amat menyedihkan bagi pembaca penerbitan ini yang berhak mendapat berita lebih baik," katanya dalam kenyataan hari ini.


Syarikat pelaburan Malaysia itu juga berkata seperti diketahui WSJ, tuduhan yang dibuat masih menjadi subjek siasatan menyeluruh oleh pelbagai pihak berkuasa di Malaysia.


"Tambahan pula, seperti yang telah diakui beberapa kali sebelum ini oleh Wall Street Journal dalam artikel mereka, tiada sebarang dakwaan bahawa berlakunya aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.


"Oleh itu kami amat bingung dengan tindakan Wall Street Journal untuk terus-menerus berkempen untuk menjatuhkan 1MDB dan Malaysia, dan kami menggesa agar mereka dapat memberi tumpuan kepada berita sebenar," katanya. - Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >