Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 maut, 13 cedera dalam letupan feri dekat Bali

Sep 15, 2016 | 02:36 PM



JAKARTA: Satu letupan di sebuah feri yang ulang-alik antara Bali dan Lombok membunuh dua orang, warga Indonesia dan Belanda, dan mencederakan 13 pada Khamis (15 Sep), kata polis.



Bot itu membawa 35 penumpang, semuanya warga asing, dan empat anak kapal, dan baru sahaja meninggalkan pelabuhan Padang Bai di timur Bali pada pagi hari apabila letupan tersebut berlaku.



Jurucakap polis Bali, Encik Made Sudana, menambah ia berlaku di luar pantai Lombok.



"Seorang penumpang wanita meninggal dunia akibat kecederaan kepala," ujar ketua polis tempatan, Encik Sugeng Sudarso.



Penumpang cedera termasuk warga Portugal, Jerman, Australia, Korea Selatan dan Britain, menurut maklumat awal daripada polis.



Tidak segera jelas punca letupan itu dan polis berkata skuad bom telah dikerahkan untuk menyiasat.



Bagaimanapun, Indonesia mempunyai rekod keselamatan maritim buruk dan terdapat kejadian sama pada masa lalu di mana tiada unsur jenayah dikesan. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >