Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 terkorban, 100,000 dipindahkan akibat Gunung Kelud meletup

Feb 14, 2014 | 07:31 PM



JAKARTA: Gunung Kelud di Kediri, Jawa Tengah, yang meletup dan menyembur debu dan batu panas setinggi 17 kilometer ke udara lewat malam semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, dan memaksa pemindahan lebih 100,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 10 kilometer daripada gunung berapi aktif itu.


Ketua Pusat Data Informasi dan Perhubungan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Encik Sutopo Purwo Nugroho, mengesahkan dua yang korban - seorang lelaki dan seorang wanita, kededuanya 60-an tahun - terbunuh setelah rumah masing-masing di Malang diselimuti debu tebal dan roboh.


Debu juga terbang sejauh 500 kilometer ke arah barat dan barat laut Indonesia, sehingga menimbul pelbagai masalah sampingan, terutama bagi penerbangan udara.


Ini kerana kebimbangan bahawa debu boleh merosakkan enjin kapal terbang memaksa semua lapangan terbang di Jawa Tengah dan Jawa Timur - Surabaya, Yogyakarta, Solo, Malang dan Semarang - ditutup. - Reuters, Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >