Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 tren LRT terbabit dalam nahas jaya dibawa keluar

May 28, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terbabit dalam kemalangan Isnin lalu, berjaya dibawa keluar awal pagi semalam, lebih awal daripada tempoh tiga hari yang dijanjikan selepas pasukan 'Team Recovery Rapid Rail' bekerja tiga syif tanpa henti.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata beliau menerima laporan berhubung status terkini kerja-kerja mengeluarkan dua tren berkenaan, pada 5.24 pagi tadi (semalam).



Katanya, tren TR40 selamat sampai ke depoh LRT di Subang pada 3.45 pagi manakala tren TR81 pula sampai di Gombak Tail Track pada 4.51 pagi.



"Pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja pembaikan trek LRT dari Stesen Kampung Baru ke Stesen KLCC.



"Justeru, pasukan pemulihan (Team Recovery) terpaksa melakukan 'power down' (menutup pembekalan kuasa) untuk seluruh landasan tren yang terbabit iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai.



Sementara itu, seorang wanita hamil lima bulan merupakan antara 213 mangsa kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, kelmarin.



Cik Fara Shafrina Ishak yang mengandungkan anak sulung berkata, berikutan keadaannya itu, doktor yang merawatnya di sebuah hospital swasta di Subang Jaya juga tidak dapat membuat pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) atau X-ray.



"Kandungan saya kini lima bulan, hampir masuk enam bulan. Saya akan buat ultrasound di luar (klinik atau hospital lain) selepas ini," katanya yang diwawancara melalui panggilan video oleh pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, Encik Ahmad Fedtri Yahya, semalam.



Tiga penumpang yang terbabit dalam pertembungan dua tren LRT berdekatan Stesen KLCC mengalami pendarahan otak dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray, dilaporkan berkata pihaknya melakukan pembedahan terhadap pesakit berkenaan dan mereka stabil, manakala seorang lagi penumpang perlu menjalani rawatan resusitasi serebrum.



Menurutnya, tiga lagi penumpang dirawat di wad biasa kerana patah tulang, kecederaan di dada dan di hati.



Mengimbas detik mencemaskan itu, Cik Fara Shafrina berkata beliau kurang mengingati apa yang berlaku kerana pengsan.



Katanya, kepalanya mungkin terhantuk pada objek keras kerana berasa sakit apabila sedar.



"Sewaktu di tempat kejadian sehingga ke hospital, saya asyik memberitahu benda sama kepada suami.



"Saya bagaikan dalam mod 'auto pilot' (separa sedar)," katanya yang kini berada dalam pemerhatian doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumah. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >