Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

20 maut, 5 hilang dalam banjir Jawa Timur

Dec 03, 2017 | 04:01 PM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lima lagi hilang akibat tanah runtuh dan banjir di wilayah Jawa Timur, Indonesia.



Tanah runtuh dan banjir itu disebabkan taufan tropika, Taufan Dahlia.



Agensi Bencana Negara Indonesia berkata jumlah mereka yang terpaksa meninggalkan rumah kini mencapai 2,050 orang setelah seramai 1,879 orang dipindahkan kelmarin.



Dianggarkan bahawa tanah runtuh dan banjir di Pacitan, Jawa Timur, telah memusnahkan lebih 1,700 rumah.



“Usaha mencari mangsa dan memindahkan penduduk masih dijalankan, melibatkan pegawai agensi bencana dan pegawai mencari dan menyelamat. Kami turut mengerahkan askar, pegawai polis dan sukarelawan untuk membantu,” kata jurucakap agensi bencana, Encik Sutopo Purwo Nugroho.



Pihak berkuasa Jawa Timur Jumaat lalu menggesa orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi hujan lebat setelah ramalan cuaca menunjukkan Taufan Dahlia dijangka berada di bahagian tenggara Lautan Hindi dengan kelajuan angin maksimum 95 kilometer sejam.



Encik Sutopo berkata taufan itu dijangka menjejas 28 wilayah di Jawa Timur, Yogyakarta dan Bali.

Bali juga dalam keadaan berjaga-jaga kerana Gunung Agung dijangka meletus dalam beberapa hari lagi. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >