Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

20 wanita menang dalam pilihan raya Arab Saudi

Dec 14, 2015 | 10:07 AM



RIYADH: Pengundi Arab Saudi memilih 20 wanita bagi kerusi kerajaan tempatan, menurut keputusan pilihan raya yang dikeluarkan pada Ahad (13 Dis), sehari selepas wanita mengundi dan bertanding dalam pilihan raya buat kali pertama dalam sejarah negara itu.


Calon wanita menang di pelbagai bahagian Arab Saudi, daripada bandar terbesar hingga ke sebuah kampung kecil berhampiran Makkah.


Jumlah mereka membentuk hanya 1 peratus daripada kira-kira 2,100 kerusi majlis bandaran yang dipertandingkan, tetapi dilihat sebagai satu langkah ke hadapan bagi wanita, yang sebelum ini tidak dibenarkan bertanding mahupun mengundi dalam pilihan raya.


Wanita masih tidak dibenarkan memandu di Arab Saudi dan dikawal oleh undang-undang penjagaan yang memberi lelaki kata putus berhubung aspek kehidupan mereka seperti perkahwinan, melancong dan pendidikan tinggi.


Walaupun tidak ada kuota untuk ahli majlis wanita, tambahan 1,050 kerusi bagi mereka dilantik dengan kelulusan raja, yang boleh menggunakan kuasanya untuk memastikan lebih ramai wanita diwakili.


Kira-kira 7,000 calon, termasuk 979 wanita, bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi dalam majlis bandaran itu, yang merupakan satu-satunya badan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Arab Saudi.


Pilihan raya majlis bandaran pada 2005 dan 2011 hanya dibuka kepada lelaki.


Empat calon wanita - jumlah terbesar - menang di Riyadh, sementara Wilayah Timur, di mana kaum minoriti Syiah tertumpu, melihat dua wanita dipilih, kata Encik Hamad Al-Omar, ketua majlis media Suruhanjaya Pilihan Raya.


Dua calon wanita menang di Jeddah, bandar kedua terbesar dan paling kosmopolitan di Arab Saudi.


Menurut Datuk Bandar Makkah, Osama al-Bar, seorang calon wanita menang di sebuah kampung bernama Madrakah, kira-kira 150 kilometer ke utara bandar tersebut.


Seorang lagi calon wanita berjata di Madinah.


Ramai calon wanita bertanding atas platform yang menjanjikan lebih banyak tajaka bagi menawarkan jagaan harian lebih panjang untuk ibu bekerja, mewujudkan pusat masyarakat belia dengan kegiatan sukan dan budaya, jalan raya lebih baik, kutipan sampah lebih baik dan bandar lebih hijau.


Kebanyakan calon wanita berkempen dalam talian, menggunakan media sosial untuk menyampaikan mesej mereka, memandangkan peraturan pengasingan jantina ketat mengharamkan lelaki dan wanita bercampur di khalayak ramai.


Ini bermakna calon tidak dapat menyampaikan mesej mereka kepada kaum berlainan jantina secara langsung.


Pilihan raya itu menarik 106,000 pengundi wanita daripada kira-kira 130,000 yang berdaftar.


Daripada 1.35 juta pengundi lelaki yang berdaftar, hampir 600,000 membuang undi.


Secara keseluruhan, kira-kira 47 peratus daripada pengundi berdaftar mengambil bahagian dalam pilihan raya Sabtu (12 Dis) itu. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >