207 akaun pegawai kastam M'sia dibekukan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan sebanyak 207 akaun pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta sindiket dalam penyeludupan arak dan rokok di Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dianggarkan berjumlah RM6 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull memberitahu, selain itu pihaknya juga telah merampas dan menyita 10 buah kenderaan, sebuah lot rumah kedai yang dipercayai dibeli menggunakan hasil kegiatan penyeludupan dan wang tunai hampir RM3 juta. - UTUSAN ONLINE

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.