YANGON: Sekurang-kurangnya 21 orang maut termasuk sembilan kanak-kanak selepas sebuah bot karam akibat laut bergelora di luar pantai wilayah Rakhine, Myanmar, semalam.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, Encik Pierre Peron, berkata ketika kejadian, kapal itu membawa kira-kira 60 penumpang dari sebuah kem pelarian ke sebuah pasar tempatan.