BEIRUT: Serangan udara ke atas kawasan terakhir yang dikuasai kumpulan militan ISIS di timur Syria membunuh sekurang-kurangnya 25 orang awam, termasuk tujuh kanak- kanak, kata sebuah badan pemantau kelmarin.
Serangan tersebut dilakukan Ahad lalu ke atas dan di sekitar kampung Al-Shaafah, di utara kawasan bekas benteng ISIS, Albu Kamal, dekat sempadan dengan Iraq, menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, yang berpangkalan di Britain.