25 penyokong bola sepak Terengganu ditangkap kerana merusuh

KUALA TERENGGANU: Sejumlah 25 penyokong bola sepak Terengganu diberkas kerana terlibat dalam rusuhan selepas perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Sabtu lalu dengan lebih banyak penangkapan dijangka dibuat.

Penyokong berusia antara 16 dengan 36 tahun itu ditahan atas kesalahan merusuh dan direman antara tiga dengan empat hari.

Dua suspek turut diuji positif menggunakan dadah, sementara seorang beliau berusia 19 tahun yang membawa suar disiasat di bawah Akta Bahan Letupan, menurut satu laporan akhbar New Straits Times.

Dengan jaringan agregat terikat 4-4 antara LionsXII dengan Terengganu, pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob membatalkan gol jaringan Ahmad Nordin Alias yang berada dalam kedudukan ofsaid sebelum melayang kad merah kepada dua pemain Terengganu yang berkelakuan kasar.

Lantaran itu, Terengganu tersingkir daripada pertandingan, sekali gus menambah kemarahan penyokong.

Seramai 15,000 penyokong - hampir separuh daripada 31,000 yang hadir pada malam itu - dipercayai terlibat dalam rusuhan itu.

Seramai 330 pegawai keselamatan, termasuk polis dan anggota Unit Simpanan Federal dikerah mengawal keadaan; dengan perusuh bersurai hanya selepas 30 das tembakan gas pemedih mata dilepaskan sekitar 3 pagi.

Empat pegawai polis cedera ringan, sementara beberapa penyokong memerlukan rawatan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.