Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

26 kes buang bayi seluruh M'sia dicatat

Jun 19, 2014 | 03:23 PM



KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara pada suku pertama tahun ini, sidang Dewan Rakyat diberitahu semalam.


Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu lima kes, diikuti Sabah empat kes dan Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing tiga kes.


Katanya, sejak 2011 hingga 2013, 46 wanita telah diambil tindakan kerana kesalahan membuang bayi.


Namun jenis tindakan dan golongan umur wanita tidak diberitahu dengan terperinci.


Datuk Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, buat masa ini kementerian masih tidak mempunyai statistik kes pembuangan bayi hasil hubungan antara wanita tempatan dan lelaki pendatang asing.


"Bagi menangani isu pembuangan bayi, kementerian kini mempunyai tujuh program antaranya memperkenalkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada 2009," katanya.


Program Pendidikan Kesihatan Reproduksi dan Sosial (Pekerti) juga diperkenalkan pada 2012 sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah dengan menyasarkan murid Tahun enam, pelajar Tingkatan tiga dan Pendidikan Khas. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >