Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

26 penduduk awam maut dalam serangan di Syria

Sep 26, 2016 | 01:34 PM



BEIRUT: Sekurang-kurangnya 26 penduduk awam maut dalam serangan udara baru tentera pemerintah di Aleppo, kata aktivis Syria semalam, ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar mengenai keganasan di negara itu.



Bagaimanapun, ia gagal mengambil sebarang tindakan kerana perbalahan mendalam antara Russia dan kuasa Barat.



Amerika Syarikat, Britain dan Perancis, yang mendesak pertemuan diadakan, menyalahkan Moscow kerana menyokong serangan Syria yang disifatkan wakil khas PBB, Encik Staffan de Mistura, sebagai antara terburuk sepanjang lima tahun setengah peperangan itu.



Apabila Duta Syria ke PBB, Encik Bashar Ja'afari, diminta bercakap dalam majlis berkenaan, duta ketiga-tiga negara Barat itu keluar tanda bantahan.



Mereka menuntut serangan di Aleppo dihentikan dan tindakan segera majlis, dan tindakan keluar dewan menunjukkan kemarahan dan kekecewaan bukan hanya kepada Damsyik tetapi juga kepada Russia kerana menyokong kempen ketenteraan Presiden Bashar al-Assad ketika bercakap mengenai menghidupkan semula gencatan senjata. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >