JAKARTA: Agensi Antipengganasan Negara Indonesia (BNPT) berkata terdapat 2.7 juta rakyat Indonesia, tidak termasuk yang bersimpati dengan rangkaian pengganas, yang terlibat dalam serangan pengganas.
"Jumlah tersebut adalah sekitar 1 peratus keseluruhan jumlah penduduk Indonesia," kata penyelidik BNPT, Encik Siddhartha Mukhtar, kepada lelaman Tempo.co, semalam.