Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

28 maut dalam serangan di masjid Syiah di Yaman

Sep 03, 2015 | 12:39 PM



SANAA: Seorang pengebom berani mati menyerang sebuah masjid Syiah di ibu negara Yaman ini pada Rabu (3 Sep), membunuh sekurang-kurangnya 28 orang dalam serangan terbaru kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis).


Serangan itu dibuat beberapa jam selepas pasukan Palang Merah berkata lelaki bersenjata membunuh dua pekerja Yamannya di kawasan utara negara itu yang dikuasai pemberontak.


Isis berkata seorang lelaki dikenal pasti sebagai Qusai al-Sanaani meletupkan dirinya di dalam masjid di daerah utara Jarraf selepas solat maghrib.


Dalam satu kenyataan di Twitter, kumpulan Sunni radikal itu berkata kenderaan sarat dengan bom yang diletak berhampiran meletup ketika pasukan perubatan tiba di tempat kejadian.


Serangan itu untuk "membalas dendam umat Islam terhadap Rafidah (Syiah)", kata kenyataan itu.


Kejadian itu disahkan oleh sabanews.net, laman pemberontak Shiite Huthi yang disokong Iran dan menguasai Sanaa.


Pegawai perubatan berkata sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 75 cedera, dan laman pemberontak itu berkata angka tersebut "tidak muktamad".


Awal pada Rabu, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) berkata lelaki bersenjata membunuh dua pekerjanya dalam serangan "mengerikan" dan "kejam".


Saana kubu kuat Huthis, yang berperang dengan pengikut setia Presiden Abedrabbo Mansour Hadi yang telah melarikan diri ke Arab Saudi.


ICRC berkata ia menyediakan sokongan kemanusiaan penting kepada ratusan ribu orang memerlukan di seluruh Yaman, yang dilanda perang saudara. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >