Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

28 maut di Ankara dalam serangan bom ke atas tentera Turkey

Feb 18, 2016 | 11:50 AM



ANKARA: Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 61 cedera pada Rabu (17 Feb) akibat bom kereta yang menyasarkan tentera Turkey di tengah-tengah ibu negara Ankara, yang terbaru dalam siri serangan di negara itu.


Letupan itu melanda satu konvoi kenderaan perkhidmatan tentera tetapi masih tidak jelas siapa melakukannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Numan Kurtulmus.


Presiden Recep Tayyip Erdogan berikrar akan membalas dendam terhadap mereka yang melakukan serangan itu, yang menyusuli beberapa siri serangan maut di Turkey yang dikatakan dilakukan militan dan juga pemberontak Kurdish.


Bom kereta itu diletupkan apabila sebuah konvoi bas tentera yang membawa berpuluh-puluh askar berhenti di lampu trafik di pusat bandar Ankara, mewujudkan adegan panik dan huru-hara.


Letupan kuat kedengaran di seluruh Ankara, membuat penduduk cemas bergegas ke balkoni mereka untuk melihat, kata seorang wartawan AFP.


Serangan itu berlaku pada 12.31 pagi Khamis (waktu Singapura).


Dr Kurtulmus mengakui "kami belum mempunyai sembarang maklumat tentang siapa melakukan serangan ini", tetapi berikrar pelakunya "akan didedahkan secepat mungkin". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >