BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata hasil kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan China, 28 rakyat negara ini yang disyaki anggota militan IS ditahan di Malaysia.
Katanya, mereka yang ditahan itu adalah dalam perjalanan ke Iraq, Turkey dan Syria dengan menjadikan Malaysia sebagai tempat persinggahan selepas mengaburi pihak berkuasa tempatan, lapor Utusan Malaysia semalam.