Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 juta rakyat M'sia hadapi masalah kesihatan mental

Sehingga 30 orang bagi setiap 100,000 warga dijangka bunuh diri tiap tahun
Nov 05, 2015 | 01:34 PM



KUALA LUMPUR: Seramai tiga juta dalam kalangan rakyat negara ini mengalami masalah kesihatan mental.


Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Datin Dr Azizan Baharuddin berkata, hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan itu turut mendapati 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat dijangka akan membunuh diri setiap tahun.


Kata beliau, peningkatan turut dilihat dalam trend mendapatkan rawatan masalah mental di hospital-hospital kerajaan apabila seramai 400,227 pesakit mendapatkan rawatan psikiatri pada tahun 2008.


"Jumlah itu meningkat dari tahun sebelumnya iaitu seramai 346,196 pesakit mendapatkan rawatan berkenaan.


"Masalah kesihatan mental golongan dewasa meningkat kepada 11.2 peratus berbanding 10.7 peratus manakala golongan kanak-kanak dan remaja meningkat 13 peratus kepada 20.3 peratus," katanya ketika berucap merasmikan Muzakarah Pakar Kesihatan Mental Bayi dan Kanak-Kanak di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Profesor Datin Dr Azizan berkata, peningkatan sebanyak 15.6 peratus pesakit mendapatkan rawatan psikiatri itu menunjukkan semakin ramai individu menderita akibat masalah kesihatan mental.


Katanya, senario itu menggambarkan wujud kesedaran dalam kalangan pesakit dan keluarga mereka untuk mendapatkan rawatan dan merujuk masalah yang dihadapi pada tempat yang sepatutnya iaitu hospital.


"Sehubungan itu, amat penting tahap kesedaran terhadap penjagaan mental ditingkatkan dalam masyarakat," katanya. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >