3 maut, 40 cedera dalam serangan bom kereta di luar balai polis Turkey

VAN (Turkey): Tiga orang terbunuh dan 40   cedera dalam serangan bom kereta di luar sebuah balai polis di bandar  Van di timur Turkey, berdekatan sempadan Iran, pada Rabu (17 Ogos), lapor CNN,  memetik agensi berita Turkey, Anadolu.

Agensi berita itu melaporkan Timbalan Gabenor Van, Encik Mehmet Parlak, sebagai berkata 38 orang awam   dua  pegawai polis cedera.

Serangan itu dipercayai dilakukan oleh militan Kurdi, kata Anadolu.

Ramai pegawai polis dan ambulans kelihatan bergegas ke tempat kejadian. Letupan itu disasarkan pada balai polis yang juga berfungsi sebagai berek polis, katanya.

Militan Kurdi sering menyasarkan balai polis dan pos pasukan keselamatan lain dengan bom kereta.

Tenggara Turkey, yang majoriti penduduknya kaum Kurdi, dilanda keganasan sejak gencatan senjata dua setengah tahun antara pemerintah dan Parti Pekerja Kurdistan yang diharamkan runtuh pada Julai tahun lepas. – Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.