Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 maut, 60 pagoda rosak akibat gempa kuat di Myanmar

Aug 25, 2016 | 08:24 AM



YANGON: Gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter melanda tengah Myanmar pada Khamis (24 Ogos), membunuh sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk dua kanak-kanak, dan merosakkan kira-kira 60 pagoda di bandar purba Bagan, kata pegawai.



Gempa itu, yang menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melanda pada kedalaman 84km, turut dirasai di seluruh di Thailand, India dan Bangladesh, menyebabkan penduduk panik bergegas ke jalan raya.



Dua budak perempuan berusia tujuh dan 15 tahun terbunuh di wilayah Magway, tempat gempa itu melanda, menurut Kementerian Penerangan Myanmar.



Sekurang-kurangnya seorang lelaki turut terbunuh di sana, kata seorang Anggota Parlimen (AP) tempatan, Encik Han Zaw Win, daripada bandar Pakokku.



"Seorang lelaki berusia 22 tahun terbunuh apabila sebuah bangunan berhampiran runtuh semasa gempa bumi," katanya.



Seorang pegawai melaporkan kerosakan teruk menimpa beberapa kuil di Bagan, tapak arkeologi paling terkenal di Myanmar dan destinasi pelancongan utama 30km ke utara pusat gempa.



"Kira-kira 60 pagoda di Bagan rosak. Ada rosak teruk," kata Pengarah Jabatan Kebudayaan Bagan, Encik Aung Kyaw. Kuil-kuil itu dibina antara abad ke-10 dan ke-14.



AP Soe Win dari Chauk, sebuah bandar tepi sungai berhampiran pusat gempa, berkata ia gempa paling buruk yang dialaminya sejak beberapa tahun.



"Lebih lapan pagoda di bandar ini runtuh," katanya, merujuk kepada Chauk.



Gempa itu juga menyebabkan bangunan tinggi di Yangon, Bangkok dan Kolkata bergoyang, dan dirasai di seluruh selatan dan barat Bangladesh, berhampiran sempadan dengan Myanmar.



"Kami semua berlari ke jalan raya, meninggalkan rumah dan kedai tidak berkunci kerana gempa itu seolah-olah sangat berbahaya," kata Encik Nazmus Sakib di Chittagong, berhampiran sempadan Myanmar, di Facebook. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >