KABUL: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh, manakala lebih 327 lagi cedera dalam serangan bom kereta oleh anggota militan Taleban ke atas pejabat agensi keselamatan utama Afghanistan di Kabul.
"Kami mengutuk keras serangan pengganas ini di kawasan kejiranan Puli Mahmood Khan di Kabul yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban," kata Presiden Afghanistan, Encik Ashraf Ghani.