3,000 tunjuk perasaan di Hong Kong

HONG KONG - Ribuan penunjuk perasaan pro-demokrasi kembali memenuhi jalan raya Hong Kong semalam dalam tunjuk perasaan besar-besaran pertama sejak tunjuk perasaan sedemikian melumpuhkan hab kewangan global itu lewat tahun lalu.

Sekitar 2,000 anggota polis berdiri dan mengawas di kiri dan kanan penunjuk perasaan, yang dikatakan berjumlah sekitar 3,000 orang. 

Para penunjuk perasaan itu berbaris di sepanjang kawasan beli-belah dan kewangan bandar tersebut sekali gus mengingatkan ramai penduduk Hong Kong kepada keadaan melumpuhkan akibat kempen Occup Central tidak lama dahulu apabila jalan-jalan raya utama bandar tersebut ditutup selama hampir tiga bulan.

Namun, meskipun penganjur tunjuk perasaan itu tetap menuntut demokrasi penuh bagi Hong Kong, namun mereka menekankan tunjuk perasaan semalam dilakukan secara aman dan tiada rancangan untuk memenuhi mana-mana empat.

“Tujuan kami hanya satu, kami mahu memberitahu pemerintah secara terang....apa yang kami mahukan adalah demokrasi penuh berdasarkan undi universal,” kata Cik Daisy Chan, salah seorang penganjut tunjuk perasaan itu.

Meskipun demikian, sebahagian penunjuk perasaan tetap bimbang mereka akan menjadi mangsa kumpulan anti-tunjuk perasaan. - Reuters.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 74
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.