Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'30,000 rakyat asing kini di Syria untuk sertai ISIS'

Sep 28, 2015 | 11:26 AM



WASHINGTON: Hampir 30,000 rekrut asing telah memasuki Syria, dengan kebanyakan mereka bertujuan menyertai kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).


Jumlah itu dua kali ganda lebih banyak daripada 12 bulan lalu dan bukti jelas bahawa usaha antarabangsa mengetatkan sempadan, mengongsi maklumat dan menguatkuasakan undang-undang antipengganasan tidak mengurangkan bilangan pejuang militan baru.


Antara mereka yang telah atau cuba menyertai konflik di Iraq atau Syria ialah lebih 250 rakyat Amerika Syarikat, bertambah daripada kira-kira 100 setahun lalu, lapor akhbar The New York Times pada Ahad (27 Sep), memetik pegawai risikan dan penguatkuasaan undang-undang.


Ia berkata Presiden Barack Obama akan menilai kempen antarabangsa bagi menentang ISIS di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin, sedang penganalisis perisikan Amerika telah menyediakan penilaian sulit yang menyimpulkan hampir 30,000 pejuang asing telah pergi ke Iraq dan Syria dari lebih 100 negara sejak 2011.


Setahun lalu, para pegawai sama menganggarkan kira-kira 15,000 pejuang dari 80 negara ke dua negara itu, kebanyakannya untuk menyertai ISIS.


Laporan menyatakan sekurang-kurangnya 1,000 orang Asia ke sana tahun lepas, satu pertiga daripada mereka warga Indonesia dan Malaysia.


Penilaian suram itu bertepatan dengan hasil siasatan kongres Amerika mengenai pengganas dan perjalanan pejuang asing, yang laporannya akan dikeluarkan pada Selasa, yang menyimpulkan bahawa "walaupun telah dijalankan usaha bersepadu untuk membendung aliran, kita sebahagian besarnya gagal menghalang rakyat Amerika daripada pergi ke luar negara untuk menyertai pengganas Muslim".


Langkah lain dasar pentadbiran Obama mengenai Syria dan untuk memerangi ISIS juga telah mengalami kegagalan ketara, lapor The New York Times.


Sebuah usaha Pentagon yang menelan belanja AS$500 juta ($714 juta) usaha melatih pasukan pemberontak bagi melawan ISIS di Syria menghasilkan hanya segelintir pejuang.


Russia pula mencabar usaha Amerika menyekat tindakan Moscow membangunkan pangkalan udara baru dengan menghantar pesawat perang ke Syria.


Encik Obama akan membincangkan perkara ini dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, di PBB pada Isnin.


Jeneral bersara John Allen, yang sejak September tahun lalu berkhidmat sebagai utusan diplomatik bagi menyelaras pasukan perikatan menentang ISIS, pula telah memberitahu Rumah Putih bahawa beliau akan meletak jawatan akhir tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >