'300,000 Melayu dijangka sertai Himpunan Rakyat Bersatu' di KL

KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September dijangka menarik 300,000 peserta, menjadikannya perhimpunan terbesar bangsa Melayu, kata pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos.

Sejumlah 500 pertubuhan Melayu telah memberi komitmen menyertai perhimpunan itu, ujar beliau kepada akhbar Utusan Malaysia pada Isnin (7 Sep).

Menurut Datuk Jamal, peserta akan berhimpun secara aman di lokasi tertentu, seperti Bukit Bintang, Petaling Street, bagi "membuktikan penyatuan hati orang Melayu dalam mempertahankan maruah tanpa mengira perbezaan fahaman atau ideologi politik masing-masing".

Beliau mengucapkan "terima kasih" kepada perhimpunan Bersih 4.0 kerana "menyebabkan orang Melayu hari ini bersatu hati menyertai perhimpunan pada 16 September ini".

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.