Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI SARAWAK

31 keluarga dari rumah panjang ditempat di pusat pemindahan

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



SIBU: Seramai 77 orang daripada 31 keluarga dari rumah panjang di Kanowit dekat sini yang terjejas banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun pagi Isnin.



Jumlah itu telah menurun daripada 91 orang semasa pusat itu dibuka pada 1.30 tengah hari Ahad.



Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, mereka yang terjejas terdiri daripada penduduk Rumah Nyalong Indet dan Rumah Suzusie Lily Jenau di Nanga Baloh serta Rumah Langong di Nanga Bat yang ketiga-tiganya terletak di tepian Sungai Ngemah.



Banjir tersebut dikatakan berlaku semalam apabila hujan turun tanpa henti sejak awal Sabtu lepas di kawasan Ulu Ngemah.



Pada masa ini trend air adalah menurun. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >