SELANGOR: Polis mengisytiharkan kawasan di sekeliling lokasi tanah runtuh di Taman Idaman di Serendah sebagai Zon Merah setelah 64 buah rumah diarahkan dikosongkan serta-merta bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Kira-kira 340 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 500 meter diberikan masa sehingga 1.45 petang semalam untuk meninggalkan kediaman mereka, lapor laman mStar Online.