3,500 anggota dikerah bagi lawan api di Kalimantan Barat

JAKARTA: Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Indonesia telah mengerahkan 3,500 anggota untuk melawan kebakaran hutan dan ladang di Kalimantan Barat.

Jurucakap agensi itu, Encik Sutopo Purwo Nugroho, berkata anggota tersebut akan memberi tumpuan pada usaha mengawal kebakaran di Kubu Raya, Mempawah, Landak, Bengkayang, Sanggau, Sekadau, Sintang, Melawi, Kapuas Hulu dan daerah Kayong Utara.

"Kami menghadapi cabaran besar di lapangan, antara lain, amalan buruk pembakaran hutan untuk membersihkannya bagi pertanian," Encik Sutopo ditukil oleh agensi berita Antara pada Isnin (12 Sep).

Selain itu, agensi tersebut sedang menghadapi kekurangan air untuk memadamkan api melalui tindakan pengeboman air.

Menurutnya, agensi itu juga telah mengesan kawasan panas baru "kerana ramai orang membakar tanah pada siang hari".

Beliau kesal beberapa daerah, termasuk Ketapang dan Sambas, belum menaikkan status kecemasan mereka walaupun terdapat peningkatan jumlah titik panas yang dikesan di kawasan masing-masing. - The Jakarta Post/Asia News Network.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,202.140 -12.410