Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

36 mati, puluhan cedera dalam serangan di lapangan terbang Istanbul

Jun 29, 2016 | 07:19 AM



ISTANBUL: Tiga pengebom melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri sendiri di pintu masuk ke lapangan terbang antarabangsa utama di Istanbul pada Selasa (28 Jun), membunuh 36 orang dan mencederakan berpuluh-puluh, kata gabenor wilayah itu.



Perdana Menteri Turkey, Encik  Binali Yildirim, berkata serangan itu kelihatan dilakukan oleh  kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Polis melepaskan tembakan untuk cuba menghentikan dua daripada penyerang itu sebelum mereka sampai ke pusat pemeriksaan keselamatan di dewan ketibaan Lapangan Terbang Ataturk, lapangan terbang ketiga paling sibuk di Eropah, tetapi mereka meletupkan diri mereka, kata seorang lagi pegawai Turkey.



Gabenor Istanbul, Encik Vasip Sahin, memberitahu pemberita 28 orang terbunuh dan kira-kira 60 cedera. Beberapa saksi melaporkan dua letupan tetapi beliau berkata pihak berkuasa percaya mungkin tiga pengebom terlibat.



"Ada satu letupan besar, sangat kuat. Bumbung roboh. Dalam lapangan terbang itu keadaan sangat teruk, anda tidak boleh mengenalinya, kerosakannya besar," kata Encik Ali Tekin, yang berada di dewan ketibaan menunggu seorang tetamu apabila serangan itu berlaku.



Seorang wanita Jerman bernama Duygu, yang berada di tempat kawalan pasport memasuki Turkey, berkata beliau melemparkan dirinya ke lantai apabila terdengar bunyi letupan. Beberapa saksi juga melaporkan dengar tembakan tidak lama sebelum serangan itu.



"Semua orang mula melarikan diri. Di mana-mana penuhi dengan darah dan bahagian-bahagian badan manusia. Saya melihat kesan peluru pada pintu," katanya di luar lapangan terbang tersebut.



Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab bagi serangan itu, yang terbaru dalam rentetan pengeboman bunuh diri di Turkey tahun ini, tetapi agensi berita Dogan berkata tanda-tanda awal mencadangkan ISIS mungkin bertanggungjawab, sambil memetik sumber polis.



Ada beberapa persamaan antara serangan itu dengan pengeboman bunuh diri oleh militan ISIS di lapangan terbang Brussels Mac lalu, yang mengorbankan 16 orang. Satu serangan yang diselaraskan juga menyasarkan kereta api metro semasa waktu sibuk, membunuh lagi 16 orang di ibu negara Belgium itu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >