Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

36 pengunjung cemas terperangkap di menara setinggi 110m di Melaka

Jul 03, 2023 | 04:19 PM



MELAKA: Seramai 36 pelancong, termasuk lapan kanak-kanak terkandas selama 30 minit di pelantar berputar menara setinggi 110 meter di Bandar Hilir, Melaka.


Ketua pegawai eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Encik Azlan Abidin, berkata insiden itu berlaku sekitar 6 petang pada Ahad.

Beliau berkata kumpulan pelancong itu berada pada ketinggian 60 meter apabila pelantar berputar di Menara Taming Sari (MTS) itu mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan turun.

“Seorang pelancong kurang upaya dan seorang warga emas juga berada di pelantar menara itu ketika kejadian berlaku,” kata beliau.

Encik Azlan berkata kesemua pelancong itu telah diselamatkan dalam masa 30 minit dan tiada kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata punca kerosakan itu akan diketahui selepas sepasukan pegawai teknikal menjalankan pemeriksaan.

“Ketika kejadian kami mengambil langkah awal dengan membawa turun semua mangsa. Kerja-kerja membawa turun oleh pasukan teknikal mengambil masa kira-kira 30 minit.

“Kami kini menunggu laporan lengkap mengenai kejadian dan operasi akan dimaklumkan selepas laporan diperoleh,” katanya, dipetik oleh akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).


Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Abd Rahim Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6 petang sebelum tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika pasukan bomba tiba, pelantar sedang dalam perjalanan turun dan difahamkan pihak MTS menggunakan motor sokongan untuk membawa turun kabin yang dinaiki pengunjung ke bawah.

“Memandangkan pelantar dapat beroperasi dan turun, pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang turut berada di lokasi berada dalam keadaan bersiap sedia dan memantau jika terdapat mangsa yang mengalami sesak nafas atau memerlukan bantuan,” katanya.

Encik Abdul Rahim berkata selepas mendapati semua pelanggan MTS berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa, operasi kemudian ditamatkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >