Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

37 cedera apabila bas pelancong terbalik di lebur raya KL-Seremban

Sep 13, 2016 | 03:01 PM



KUALA LUMPUR: Sebuah bas pelancongan terbabas dan terbalik di lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban pada Isnin (12 Sep), menyebabkan 37 daripada 44 penumpang cedera.

Kemalangan itu berlaku pada 9 pagi sedang bas tersebut dalam perjalanan dari Ampang ke Puchong, lapor agensi berita Bernama.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital, manakala penumpang lain dihantar pulang.

Penumpang bas itu ialah warga emas Cina Malaysia berusia antara 50 hingga 70 tahun, lapor akhbar The Sun Daily, memetik ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Nadzri Hussain.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, pemandu bas itu hilang kawalan kerana jalan basah dan licin, walaupun tidak ada tanda minyak di jalan raya.

"Bas itu berpusing 180 darjah sebelum terbalik di bahu kiri jalan," katanya.

Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan itu. Pemandu bas dan pemandu pelancong kumpulan itu tidak cedera.

Bas itu dilaporkan dalam keadaan baik dan tidak ada kerosakan mekanikal semasa kemalangan tersebut, kata ACP Mohd Nadzri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >