37 ditangkap kerana pintas CIQ Malaysia untuk ke Singapura

JOHOR BAHRU: Seramai 37 orang telah ditahan kerana memintas Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Malaysia untuk masuk ke Singapura untuk bekerja.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Encik Rohaizi Ibrahim, berkata mereka ditangkap ketika berjalan menyelinap masuk melalui landasan kereta api untuk ke Singapura.

Beliau berkata mereka yang ditahan dalam Ops Ikrar (Serkap) yang dijalankan dari 5 pagi hingga 8 pagi hari ini adalah 35 rakyat Malaysia, termasuk seorang wanita, dan seorang lelaki warga Singapura.

Encik Rohaizi berkata, operasi itu dijalankan berikutan laporan The Star bahawa rakyat Malaysia tidak melalui CIQ di Bangunan Sultan Iskandar untuk masuk bekerja di Singapura. - The Star.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.