Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

4 mati, ratusan sakit di Australia diserang semput akibat ribut petir

Nov 24, 2016 | 11:55 AM



MELBOURNE: Satu ribut petir, antara beberapa yang menyerang tenggara Australia bulan ini (Nov), mencetuskan serangan semput maut di seluruh Melbourne pada Isnin (21 Nov).

Serangan semput kilat itu meragut nyawa sekurang-kurangnya empat orang, lapor akhbar Washington Post.

Pelajar undang-undang berusia 20 tahun, Cik Hope Carnevali, meninggal dunia sementara menunggu bantuan Ambulance Victoria tiba.

Paramedik berusaha tetapi gagal memulihkan Encik Apollo Papadopoulos, 35 tahun, yang akhirnya meninggal dunia akibat serangan pernafasan.

Encik Omar Majoulled, 18 tahun, meninggal dunia dua hari sebelum tamat pengajian sekolah menengah.

Mangsa keempat, Encik Clarence Leo, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu (23 Nov).

Beberapa mangsa kini dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU) di Melbourne.

Wabak itu serius sekalipun bagi mereka yang biasanya mengalami serangan semput ringan di bawah keadaan biasa.

"Saya berasa seolah-olah gajah menekan kakinya di atas dada saya kira-kira empat jam," kata seorang mangsa, Encik David McGann, di Preston, Melbourne, kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

Encik McGann berkata serangan semput beliau biasanya tidak membimbangkan, tetapi semasa ribut itu ia sungguh sakit.

Menjelang lewat malam Isnin, farmasi Melbourne kehabisan bekalan ubat bronkodilator.

Terdapat juga kebanjiran panggilan kecemasan banjir. Keluarga Cik Carnevali berkata mereka menunggu lebih setengah jam untuk ambulans tiba.

Antara 6 petang hingga 11 malam itu, Ambulance Victoria menerima kira-kira 1,900 panggilan, hampir enam kali jumlah biasa.

Sejak peristiwa itu kali pertama dikesan pada 1980-an, terdapat laporan mengenai wabak serangan semput ribut petir di seluruh dunia, termasuk Napoli, Italy, dan Atlanta.

Kejadian terbesar ialah di London pada Jun 1994, apabila 640 penduduk London berkejar ke jabatan kecemasan dengan aduan semput atau masalah pernafasan dan lebih seratus dimasukkan ke hospital, menurut satu kajian pada 2016 yang disiarkan dalam jurnal Clinical & Experimental Allergy.

Bagi mengurangkan kesan semput ribut petir, yang boleh menjadi paling teruk semasa 20 hingga 30 minit pertama ribut, orang ramai disyorkan duduk dalam rumah untuk mengehadkan pendedahan kepada debunga.

Tingkap harus ditutup dan penghawa dingin dihidupkan bagi menapis udara. Mandi pula akan menghilang zarah pada tubuh.

Mereka yang mudah terdedah kepada serangan semput harus membawa inhaler penyelamat.

Saintis penyakit pernafasan meramalkan wabak semput ribut petir berlaku dengan lebih kerap pada masa akan datang kerana dunia yang kini lebih panas keseluruhannya menyebabkan cuaca lebih teruk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >