Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

4 maut dalam 3 pengeboman bunuh diri di Saudi, termasuk dekat Masjid Nabi

Jul 05, 2016 | 07:28 AM



RIYADH: Tiga pengebom bunuh diri menyerang Arab Saudi - termasuk di Masjid Nabi di Madinah - menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan lima cedera pada Isnin (4 Jul), dalam kejadian yang jarang berlaku.



Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.



Letupan terbaru berlaku di Masjid Nabi di Madinah, tempat Nabi Muhammad saw dimakamkan, lapor saluran berita milik pemerintah, Al-Arabiya.



Serangan itu berlaku ketika jemaah berkumpul di masjid tersebut untuk solat maghrib, sehari sebelum Ramadan berakhir.



"Pasukan keselamatan mengesyaki seorang lelaki yang menuju ke Al-Masjid al-Nabawi melalui sebuah petak tempat letak kereta pengunjung," kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.



"Apabila mereka cuba meminta dia berhenti, dia meletupkan dirinya dengan tali pinggang letupan menyebabkan kematiannya, dan kematian empat anggota keselamatan," kata kenyataan itu, sambil menambah lima lagi cedera.



Semua mangsa adalah anggota pasukan kecemasan khas Arab Saudi yang dikendalikan kementerian itu.



Letupan lain berlaku di bandar Jeddah, berhampiran konsulat Amerika Syarikat, dan Qatif, yang majoriti penduduknya golongan Syiah.



Kementerian itu berkata dua pegawai keselamatan cedera dalam pengeboman di Jeddah.



Penduduk Qatif berkata hanya pengebom itu mati dalam serangan tersebut, apabila pengebom itu meletupkan dirinya dekat sebuah masjid Syiah.



"Pasti pengebom bunuh diri. Saya dapat lihat badannya berkecai," ujar seorang saksi serangan di Qatif.



Seorang lagi saksi, yang memberi namanya hanya sebagai Ayman, berkata terdapat dua letupan berhampiran masjid itu.



"Satu daripadanya dari sebuah kereta, yang diletak di luar masjid, di mana ada seorang lelaki yang anehnya tidak menyertai solat," kata Ayman.



Pengeboman pertama pada Isnin berhampiran konsulat Amerika di Jeddah, dilakukan bukan oleh warga Arab Saudi tetapi "penduduk asing", kata a jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansour al-Turki, kepada Al-Arabiya.



Beliau berkata suspek, yang berusia 30-an tahun, lebih dekat dengan sebuah masjid daripada konsulat itu.



Kementerian Dalam Negeri berkata anggota keselamatan mencurigai lelaki itu berhampiran tempat letak kereta di sebuah hospital yang terletak bertentangan dengan misi diplomatik Amerika.



Apabila mereka menghampirinya untuk menyiasat pada kira-kira 2.15 pagi (7.15 pagi waktu Singapura), lelaki itu "meletupkan dirinya dengan tali pinggang bunuh diri".



Serangan itu bertepatan dengan Hari Kemerdekaan Amerika pada 4 Julai. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >