GOSEONG (Korea Selatan): Sekitar 400 warga emas Korea Selatan, yang membawa pakaian panas, wang tunai dan kosmetik, telah menyeberangi Korea Utara semalam bagi pertemuan dengan sanak saudara yang tidak pernah mereka temu atau kali terakhir ditemui enam dekad lalu.
Sekumpulan bas yang diketuai empat kereta hitam yang membawa bendera Palang Merah telah membawa ahli keluarga dari sebuah resort di bandar pelabuhan Sokcho, ke kawasan sempadan yang memisahkan Semenanjung Korea dan rakyatnya sejak Perang Korea 1950-1953.