Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

40,000 di Syria diancam kebuluran

Mar 01, 2014 | 07:14 PM



DAMSYIK: Susuk badan cengkung, kurus dan air muka hiba memenuhi jalan sejauh mata memandang di kem pelarian Palestin di Yarmuk, di luar Damsyik, tempat sekitar 40,000 penduduk sedang diancam kebuluran.


Minggu ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengedarkan gambar mengejutkan mengenai beribu-ribu orang dengan wajah cengkung dan kelihatan begitu terdesak mahukan bantuan makanan, tetapi hanya pelarian bertuah memperolehinya.


Sejak musim panas lalu, kawasan ini dikepung tentera Syria sehingga menyebabkan penghuninya hidup dalam suasana cukup perit.


Sejak bulan lalu, Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat PBB (UNRWA) hanya dapat menjalankan pengagihan makanan terbatas dan kadangkala terputus di kem itu.


Ia telah mengedarkan 7,500 bungkusan makanan di Yarmuk.


Bagaimanapun, itu umpama menjatuhkan setitik air ke laut memandangkan jumlah yang memerlukan bantuan terus bertambah. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >