413 ahli PAS Selangor berhenti, siap sertai parti Islam baru

SERAMAI 413 penjawat jawatan Parti Islam SeMalaysia (PAS) Selangor meletak jawatan semalam, lebih awal dari rancangan sebuah kumpulan serpihan membentuk sebuah parti Islam baru.

Ini pertanda jelas Gerakan Harapan Baru (GHB) - terdiri daripada pemimpin Islam sederhana yang disingkir dalam pemilihan parti Jun lalu - mempunyai sokongan daripada akar umbi PAS dalam usaha mereka membentuk parti Amanah akhir bulan ini.

"Sekarang kami masih ahli PAS, hanya kami tidak mempunyai apa-apa jawatan," kata penyelaras GHB Selangor, Encik Izham Hashim, dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

"Ini untuk membantu peralihan bagi ahli jawatankuasa yang mahu keluar dan ahli jawatankuasa yang mahu kekal."

Tidak jelas berapa ramai daripada mereka akhirnya akan menyertai Amanah, atau berapa ramai ahli biasa akan mengikuti pemimpin akar umbi.

Naib presiden PAS, Encik Mohd Amar Nik Abdullah, berkata semalam kepimpinan parti itu akan bertemu pada 11 September bagi menentukan nasib ahli terlibat dalam GHB. - The Straits Times

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.