44 kenderaan hangus terbakar

SEREMBAN (Negri Sembilan): Sebanyak 44 kereta bernilai lebih RM1 juta ($336,810) musnah dalam satu kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Kampung Ribu, Kuala Sawah di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Encik Norazam Khamis berkata, pihak­nya mengesyaki kejadian yang melibatkan pelbagai jenis kereta antaranya jenama Proton, Perodua dan Ford itu di­sebabkan perbuatan khianat.

"Ini kerana adalah mustahil kesemua 44 kereta yang diletakkan di pekarangan bengkel berkenaan boleh terbakar dalam tempoh yang singkat. Malah bangunan bengkel tersebut tidak terbakar.

"Berikutan itu, Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat ditugaskan untuk mengesan bukti berhubung unsur-unsur khianat itu.

"Siasatan masih berjalan dan kita akan melaporkan kepada pihak polis jika memperoleh bukti tersebut," katanya ketika dihubungi di sini.

Encik Norazam berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kebakaran itu pada 12.46 tengah malam dan seramai 14 pegawai dan anggota bomba bersama empat jentera dikerahkan untuk memadam kebakaran berkenaan.

Ujarnya, mereka tiba di lokasi 18 minit kemudian namun mendapati kesemua kenderaan terbabit sudah terbakar.

Menurut beliau, pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan berdekatan dan kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 3.30 pagi. - Utusan Online

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.