Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

469 orang Rohingya diselamatkan di laut Aceh

May 10, 2015 | 07:31 PM



ACEH: Pasukan penyelamat telah menyelamatkan 469 pendatang asing dari Myanmar dan Bangladesh selepas bot kayu yang dinaiki mereka tiba di perairan Aceh, barat laut Indonesia.


"Kami menerima satu laporan daripada para nelayan pagi tadi bahawa terdapat sekumpulan orang dalam kapal yang hanyut di perairan utara Aceh," kata ketua mencari dan menyelamat wilayah Aceh, Encik Budiawan yang ditukil agensi berita AFP.


"Kami mengerahkan pasukan penyelamat dan menyelamatkan 469 pendatang asing yang merupakan orang-orang Rohingya, dari Myanmar dan Bangladesh.


"Terdapat wanita dan kanak-kanak di kalangan mereka. Sejauh ini kesemua mereka selamat," ujarnya.


Menurut Encik Budiawan, kumpulan itu akan dibawa ke pusat tahanan di utara Aceh, di mana pegawai polis dan imigresen akan menjalankan tugas pemprosesan, selain menyiasat motif mereka.


Seorang pegawai agensi pengurusan bencana, Encik Darsa, turut ditukil agensi berita AFP bahawa kumpulan itu tiba dekat pantai di utara Aceh awal pagi tadi dan diarah berenang ke pantai. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >