5 lelaki diberkas dek merusuh libatkan 2,000 penyokong bola Sarawak

KUCHING: Lima lelaki telah diberkas kerana merusuh melibatkan sekitar 2,000 penyokong Sarawak selepas pasukan itu tersingkir daripada Piala Malaysia setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Perak dalam perlawanan di Stadium Negeri di sini, Sabtu lalu.

Selain kerosakan ke atas kereta peronda polis yang dibakar, berpuluh-puluh orang cedera, termasuk lima anggota polis.

Timbalan ketua polis Kuching, Superintenden Fauzilan Abdul Aziz, berkata lima lelaki yang berumur antara 17 dengan 20 tahun telah diberkas sewaktu rusuhan itu.

Belum jelas apakah yang mencetuskan rusuhan itu, menurut laporan The Star, hari ini.

Beberapa blog mendakwa penyokong Sarawak menjadi marah selepas pasukan itu tersingkir daripada Piala Malaysia dan meluahkan kemarahan mereka ke atas penyokong Perak.

Mereka juga marah dengan keputusan pengadil.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.