Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

5 lelaki didapati bersalah rogol ramai-ramai wanita Denmark di New Delhi

Jun 06, 2016 | 03:14 PM



NEW DELHI: Lima lelaki didapati bersalah pada Isnin (6 Jun) bagi tuduhan merogol beramai-ramai seorang wanita Denmark di New Delhi pada 2014, satu jenayah yang menarik perhatian semula pada rekod keganasan seksual India.



Mereka didapati bersalah merogol dan merompak wanita berusia 52 tahun itu, yang diserang dengan pisau selepas beliau sesat semasa pulang ke hotelnya di bahagian tengah New Delhi.



"Saya isytihar semua tertuduh bersalah. Hujah (bagi penghukuman) akan diadakan pada 9 Jun," kata Hakim Sesyen Tambahan Ramesh Kumar kepada mahkamah di Delhi, tempat media dan ahli keluarga tertuduh berkumpul.



Tiga lagi tertuduh dibicarakan secara berasingan dalam sistem keadilan juvenil. Tertuduh kesembilan, seorang dewasa, meninggal dunia sebelum perbicaraan berakhir.



Wanita Denmark itu, yang melancong sendirian dan berada di Delhi selepas berkunjung ke Taj Mahal, menemui sekumpulan lelaki bagi bertanyakan arah untuk kembali ke kawasan backpacker utama Delhi, menurut laporan pada masa tersebut.



Serangan pada Januari 2014 itu yang terbaru dalam satu siri serangan seks ke atas rakyat asing di India yang mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan wanita di negara itu.



Seorang wanita Poland diberi dadah dan dirogol sedang beliau bersiar-siar di dalam kereta di Delhi bersama anak perempuan mudanya , sebelum serangan ke atas wanita Denmark itu.



Pemerintah India meningkatkan hukuman penjara bagi perogol dan mengubah prosedur pengawasan polis menyusuli kejadian rogol beramai-ramai seorang pelajar Delhi di dalam bas yang sedang bergerak pada 2012.



Serangan tersebut mencetuskan bantahan besar-besaran di jalan raya mengenai tahap keganasan terhadap wanita, serta menjadi taruk berita di seluruh dunia mengenai layanan ke atas wanita di India.



Pada Isnin, lima tertuduh itu tidak menunjukkan sembarang perasaan apabila keputusan mahkamah dibacakan.



Baik mangsa mereka mahupun keluarga beliau tidak berada di mahkamah. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >