Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

50 maut dalam kejadian tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika

Jun 13, 2016 | 08:13 AM



ORLANDO (Florida): Dalam serangan tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat, 50 orang maut dan 53 cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan menawan tebusan di sebuah kelab malam gay di Orlando.



Polis, yang membunuh penembak itu, menyifatkan serangan di kelab malam Pulse pada Ahad (12 Jun) itu sebagai "insiden pengganasan".



Kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mengaku bertanggungjawab bagi serangan tersebut, tetapi pada pegawai Amerika berkata mereka tidak melihat sebarang bukti serta-merta yang menghubungkan kumpulan tersebut dengan pembunuhan beramai-ramai itu.



Dakwaan ISIS itu disiarkan dalam Amaq, agensi berita kumpulan tersebut.



Mangsa ketakutan menceritakan bagaimana lelaki bersenjata itu - dikenali sebagai Omar Mateen, seorang warga kelahiran Amerika berusia 29 tahun yang ibu bapanya asal Afghanistan - menyerang kelab tersebut.



Seorang pengunjung kelab itu berkata beliau mendengar sekurang-kurangnya 40 tembakan dilepaskan. Seorang lagi berkata terdapat "darah di mana-mana".



Satu pasukan Swat polis dikerah untuk menggempur tempat kejadian.



"Kami telah memeriksa bangunan itu, dan dengan kesedihan yang amat saya ingin berkongsi bahawa kita mempunyai bukan 20, tetapi 50 korban, selain penyerang itu," kata Mayor Buddy Dyer dalam satu taklimat berita di Orlando.



"Seramai 53 lagi dimasukkan hospital."



Angka kematian jauh melebihi 32 dalam serangan Virginia Tech pada 2007, dan 26 yang ditembak mati di sebuah sekolah rendah di Newtown, Connecticut, pada 2012.



Ia serangan kedua di Orlando dalam masa hanya 24 jam, selepas penyanyi Christina Grimmie ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata pada lewat Jumaat lalu.



Memandangkan besarnya serangan itu, Encik Dyer mengisytiharkan keadaan kecemasan di seluruh bandar tersebut dan juga meminta Gabenor Florida mengambil langkah sama di seluruh negeri.



Pegawai Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika, Encik Ronald Hopper, berkata pihak berkuasa negara itu sedang mengkaji apakah Omar mempunyai "kecenderungan" ke arah ekstremisme Islam. Sebuah akaun Twitter yang dikaitkan dengan ISIS menyiarkan gambar yang dikatakan sebagai Omar.



Di Pusat Perubatan Daerah Orlando, tempat sebahagian mangsa dirawat, keadaan suram kerana ramai orang tidak dapat mencari orang tersayang mereka.



Encik C. J. Walker, 30 tahun, memandu 130 kilometer ke Orlando dari Tampa untuk mencari maklumat mengenai saudara perempuannya, seorang DJ kelab malam itu.



Beliau biasanya bekerja pada Sabtu malam, dan Encik Walker tidak dapat menghubunginya melalui telefon atau di media sosial. Beliau akhirnya mendapat tahu saudaranya itu dia tidak bekerja pada hari itu dan selamat.



"Malangnya, tidak demikian bagi ramia yang lain," katanya. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >