Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

6 maut, 18 hilang apabila taufan Nock-Ten pukul Filipina

Dec 27, 2016 | 03:15 PM



MANILA: Sekurang-kurangnya enam orang mati dan 18 hilang selepas taufan Nock-Ten memukul Filipina semasa cuti Krismas, umum pemerintah pada Selasa (27 Dis).



Taufan luar biasa lewat itu mula melanda wilayah timur pada Hari Krismas, membanjiri jalan raya dan ladang, memusnahkan rumah dan merosakkan kapal apabila ia melintasi kepulauan tersebut, walaupun ibu kota Filipina yang padat dengan penduduk terselamat.



Dalam kejadian paling teruk, sebbuah feri, MV Starlight Atlantic, tenggelam di luar wilayah pantai Batangas, membunuh seorang dan membuat 18 anak kapal hilang, lapor pengawal pantai selepas mengesahkan bilangan orang di atas kapal itu.



Lima orang mati disebabkan banjir dan terkena barangan jatuh apabila ribut itu melanda, dengan kelajuan 235kmj, kata pegawai tempatan.



Nock-Ten menjejas bekalan tenaga di banyak wilayah timur, dengan para pegawai tenaga tidak pasti bila perkhidmatan elektrik akan dipulihkan, kata jurucakap agensi pemantau bencana Filipina, Cik Mina Marasigan.



Lebih 429,000 orang dipindahkan sebagai langkah berhati-hati dari rumah mereka di kawasan terdedah dan lebih 330 penerbangan dibatalkan akibat taufan itu.



"Kami melihat banyak rumah dimusnahkan oleh angin kencang. Begitu juga prasarana seperti sekolah dan hospital. Kami masih menunggu angka tepat berapa banyak rumah musnah, mengenai kos tepat kerosakan," ujar Cik Marasigan kepada pemberita.



Nock-Ten dijangka membawa hujan lebat dan angin ke ibu kota Manila, tempat tinggal 13 juta penduduk, tetapi ia kehilangan kekuatan apabila melintasi pulau-pulau timur.



Taufan itu meninggalkan pulau Luzon pada Selasa, menuju barat ke Laut China Selatan.



Kira-kira 20 taufan dan ribut melanda Filipina setiap tahun, biasanya membunuh ratusan orang.



Gelombang ombak besar bak tsunami memusnahkan bandar Tacloban dan kawasan berdekatan apabila taufan Haiyan memukul tengah Filipina pada November 2013, menyebabkan 7,350 orang mati atau hilang. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >