BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 200 cedera hari ini apabila sebuah trak berpeti sejuk penuh dengan bahan letupan meletup di sebuah pasar sesak di Bandar Sadr, sebuah daerah Syiah di timur laut Baghdad, menurut sumber polis dan perubatan.
Belum ada pihak mengaku melakukan serangan tersebut, tetapi kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis), yang menawan sebahagian kawasan di utara Iraq tahun lalu, pernah mendakwa melakukan serangan serupa yang menyasarkan kawasan kejiranan Syiah. - Reuters