RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 60 orang cedera selepas dua kereta api komuter berlanggar di bandar Mesquita, di pinggir Rio de Janeiro semalam, kata pihak berkuasa.
Ketua Jabatan Pengangkutan Wilayah Rio, Encik Carlos Osorio, berkata salah satu kereta api itu dirempuh dari arah belakang semasa berhenti di stesen oleh kereta api yang satu lagi di atas landasan yang sama sekitar 6.10 pagi waktu tempatan.