MOSCOW: Kesemua 61 orang dalam pesawat penerbangan dari Dubai terbunuh apabila pesawat itu terhempas dan terbakar ketika sedang mendarat di Rostov-on-Don, selatan Rusia, pagi semalam.
"Sebuah pesawat jenis Boeing 737-800 terhempas ketika sedang melakukan pendaratan. Terdapat 61 orang di atas kapal. Mereka semua terkorban," kata jurucakap kementerian tempatan yang dipetik oleh agensi berita rasmi TASS.