Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR

63 pusat undi di Johor dibuka

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BARU: Sebanyak 63 pusat mengundi di Johor di buka semalam, memulakan proses pengundian awal.



Lebih 22,000 anggota angkatan keselamatan Malaysia, dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Operasi Umum (GOF), serta pasangan mereka layak mengundi semalam.



Beberapa tempat di ibu pejabat polis kontinjen Johor di Jalan Tebrau, serta 10 ibu pejabat di seluruh negeri, dan sebahagian pejabat kerajaan juga telah dijadikan pusat mengundi, menurut laporan di The Malay Mail.



Anggota tentera diperuntuk membuang undi di Kem Mahkota, Kluang; Kem Tebrau, Ulu Tiram; Kem Rejimen DiRaja Melayu (RAMD) ke-10, Batu Pahat; dan di Kem Rejimen DiRaja Artileri ke-4, Segamat.



Anggota GOF dan pasangan masing-masing pula membuang undi di Kem GOF Batalion ke-5 di Simpang Renggam, Kluang dan di Kem Batalion ke-6 di Bakri, Muar.



Seramai 239 calon sedang bersaing bagi merebut 56 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.



Hari Mengundi bagi PRN Johor telah ditetapkan pada 12 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >