69 maut dalam serangan di Lahore; Taleban Pakistan akui bertanggungjawab

LAHORE (Pakistan): Seorang pengebom membunuh sekurang-kurangnya 69 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di sebuah taman di Lahore dalam satu serangan bunuh diri pada Ahad (27 Mac).

Taliban puak Pakistan mendakwa ia melakukan serangan tersebut, yang mengakibatkan 300 orang cedera, dan menyasarkannya terhadap orang Kristian.

Letupan itu berlaku di kawasan tempat letak kereta di Taman Gulshan-e-Iqbal, berhampiran sbuaian kanak-kanak. Taman itu popular dalam kalangan masyarakat Kristian Lahore, yang kebanyakannya ke sana bagi cuti Easter.

Saksi berkata mereka melihat bahagian tubuh bertaburan di tempat letak kereta itu selepas letupan tersebut.

"Apabila letupan berlaku, api begitu tinggi hingga melebihi pokok-pokok dan saya melihat mayat terbang di udara," kata Hasan Imran, 30 tahun, seorang penduduk yang pergi ke taman itu untuk bersiar-siar.

Pegawai berkata 69 orang terbunuh dan kira-kira 300 cedera. Superintenden Polis Mustansar Feroze berkata kebanyakan mangsa ialah wanita dan kanak-kanak.

Taliban puak Jamaat-ul-Ahrar mengaku bertanggungjawab bagi serangan itu.

"Sasarannya ialah orang Kristian," kata jurucakap kumpulan itu, Ehsanullah Ehsan.

"Kami mahu menghantar mesej ini kepada Perdana Menteri Nawaz Sharif bahawa kami telah memasuki Lahore. Dia boleh melakukan apa yang dia mahu tetapi dia tidak akan dapat menghalang kami. Pengebom bunuh diri kami akan meneruskan serangan ini."

Serangan itu dikutuk Encik Sharif, yang "melahirkan kesedihan atas kematian menyedihkan nyawa tidak berdosa", kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

Beliau kemudian dihubungi rakan sejawatannya dari India, Encik Narendra Modi, yang berkata "rakyat India bersatu bersama saudara mereka di Pakistan pada masa sedih ini", menurut media tempatan.

Pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan dari Pakistan, Malala Yousafzai, menulis melalui tweet: "Pakistan dan dunia perlu bersatu. Setiap nyawa berharga dan mesti dihormati dan dilindungi." - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.